Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah telah ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai sekolah menengah rendah dan dikenali dengan nama Sekolah Rendah Tanah Merah. Dari tahun 1965 hingg 1969, sekolah ini terpaksa beroperasi di Bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Tanah Merah. Persekolahan dijalankan pada waktu petang. Bilangan pelajar pada ketika itu hanya berjumlah 80 orang dengan 7 orang guru. En. Lee Chee Peng adalah Pengetua pertama SRJK (C) TANAH MELAYU, akhirnya pada tahun 1970, sekolah ini telah berpindah ke lokasi sekarang yang terdiri daripada 9 bilik darjah, satu blok bengkel dan sebuah kantin.

Ketika itu, sekolah ini telah dipimpin oleh Pengetua ke-5 iaitu Pn. Tay Guet Pooi mulai November 1995, (ambil alih daripada En. Khoo Yee Liew). Dengan bilangan pelajar yang semakin ramai, sekolah dua sesi telah dimulakan pada tahun 1997. Satu bangunan yang mengandungi pusat sumber, bilik perpustakaan, makmal Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) dan bengkel Kemahiran Hidup telah dibina pada tahun 1998. Makmal komputer didirikan pada tahun 2008, dengan pembinaan sebuah lagi bangunan baru yang menempatkan pejabat dan 10 buah kelas pada tahun 2000, persekolahan satu sesi telah dimulakan pada bulan Februari 2001. Pada bulan Mac 2002, Makmal Bahasa telah mula beroperasi untuk membantu dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Bilik-bilik Khas yang lain seperti Bilik SALC, Bilik Kuliah, Bilik Gerakan, Pavilion dan galeri Sejarah telah mula didirikan sejak 2002.

Sejak November 2004, Pn. Hajah Normah bte Md. Tahir telah menjadi Pengetua SMKTM Site “C”. Kebanyakkan bilik-bilik dan bengkel telak dinaiktaraf, termasuk tandas pelajar dan juga bangunan sekolah telah dicat semula.

Bidang Vokasional dan Teknologi telah diberi Anugerah Akademik Terbilang peringkat N.Sembilan, 2007. SMKTM Site “C” juga menjadi juara Pertandingan Sekolah Selamat peringkat N.Sembilan, 2008.Dalam bidang kokorikulum SMKTM Site “C” sentiasa mencatat keputusan membanggakan dalam permainan bola keranjang dan ping pong. Dari segi keputusan PMR 2007, 3 orang calon mendapat semua A, manakala PMR 2008 dan 2009 mencatatkan 4 orang calon semua A. Keputusan ini begitu membanggakan bagi sekolah-sekolah bertaraf luar bandar.

Pada tahun 2010, sekolah mempunyai lebih 1000 orang pelajar, 67 orang guru dan 3 orang kaunselor serta 11 orang staff sokongan sekolah. 34 buah kelas telah dibuka. Jawatankuasa induk terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan Akademik, Guru Penolong Kanan HEM, dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Mulai 22 Julai 2009, SMKTM Site “C” beroperasi di bawah kepimpinan Pn. Hajah Arpah bte A. Kadir hingga sekarang. Kecemerlangan sekolah ini akan terus dipertingkatkan demi agama dan anak bangsa Malaysia.

Mulai 15 Julai 2010, SMKTM Site “C” telah bertukar nama dan alamat kepada SMK Tanah Merah, KM 8 Jalan Sepang, 71960 Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Kini ┬ásekolah ini dipimpin oleh pengetua En.Razali Bin Md Taib dan ketua PIBG ialah En.Zamsudin Bin Jaafar. Mulai 3 Januari 2017 sekolah ini juga telah membuka kelas pendidikan khas untuk golongan kurang upaya.