Prakata Pengetua

 

          EN.RAZALI BIN MD.TAIB

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera.

Guru-guru & staf sokongan yang dihormati,

Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk menyatakan sepatah dua kata dalam Portal Rasmi  SMK Tanah Merah.

Laman web ini direalisasikan bagi memenuhi matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjana dan memperkasa arus pendidikan perdana yang sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan teknologi memudahkan institusi pendidikan untuk penyebaran maklumat kepada pelajar secara online. Usaha ini dapat mengurangkan kos kerana penyebaran maklumat secara bercetak secara terus akan melibatkan kos yang agak besar dari segi perancangan dan perlaksanaan program terutama melibatkan institusi pendidikan awam. Tindakan penyebaran maklumat melalui laman web adalah suatu usaha untuk membestarikan sekolah ini dan saya beranggap portal rasmi ini suatu produk inovatif yang merealisasikan tema sekolah kita iaitu “smktm GEGAR”.

Tidak lupa dalam kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Unit Bestari  SMK Tanah Merah  yang telah mencurahkan tenaga dan bakti dalam usaha membina laman web ini.

Pihak sekolah sentiasa mengharapkan dan menghargai sokongan serta kerjasama daripada semua pihak dari semasa ke semasa demi kecemerlangan dunia pendidikan, khususnya untuk terus mempertingkat kecemerlangan pendidikan dan pembudayaan bestari di sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

EN.RAZALI BIN MD TAIB

PENGETUA SMK TANAH MERAH