Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-42

Pada 9 Mac 2017, mesyuarat agung PIBG kali ke-42 telah dijalankan dengan penuh meriah dan mesyuarat ini dirasmikan oleh Dato Sri Dr.King Lim Chin Fui bersama dengan ASP Tuan Sumardy B.Shamsuddin. Tahun ini sokongan dan kehadiran ibubapa amat memuaskan  berbanding dengan tahun- tahun sebelum ini.

Dato Sri Dr.King memberi sumbangan sebanyak Rm 1000 untuk majlis ini.Pelbagai hadiah yang menarik disediakan untuk cabutan bertuah. Pada masa yang sama isu-isu berkaitan hal ehwal murid dan akademik dibincangan bersama  dengan ibubapa dalam mesyuarat.

Dalam mesyuarat ini, En Balan a/l Pachiapan dilantik sebagai Yang Dipertua PIBG SMK Tanah Merah dengan sokongan padu daripada ibubapa dan guru-guru. Warga SMK Tanah Merah mengalu alukan perlantikan En.P.Balan dengan keyakinan cukup tinggi.Pada masa yang sama pihak sekolah terhutang budi dengan jasa mantan YDP PIBG En.Shamsuddin Bin Jaafar. En. Pang Heng Hoe masih dikekalkan sebagai Naib Yang Dipertua PIBG dan beberapa wakil ibubapa dilantik iaitu En Govenden a/l Nadisan, Pn.Indra, En.Shamsuddin Bin Jaafar, Pn.Koo May Chen, En.B.Shantru, Pn.Liza Bt. Hassan dan En.M.Murugan

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *