Program Jom Ke Sekolah & Pelancaran Bulan disiplin

Pada 6 Februari, Unit Hal Ehwal murid melancarkan bulan disiplin bersama dengan pegawai polis En.Sumardi dari IPD Port Dickson. Pada masa yang sama, pihak sekolah juga menganjurkan Program “Jom Ke Sekolah” yang diadakan di Tapak Perhimpunan,SMK Tanah Merah. Program ini telah diadakan semasa perhimpunan pagi dan pelajar-pelajar diberi ceramah serta membaca ikrar. ¬†Tujuan program ini adalah untuk menggalakkan pelajar menghadirkan diri ke sekolah tanpa ponteng . Program ini dijalankan secara penuh meriah iaitu bermula dengan ucapan pengetua, ikrar pelajar dan ucapan tetamu khas iaitu En. Sumardi sebagai Asistan Superitendan Polis dari IPD Port Dickson.

Bersama dengan mereka pengurus Ladang Sime Darby En. Noor Hisham, Ketua Kampung Site -C, Ketua Kampung Site-A, Ketua Kampung Sungai Nipah, Ketua Bukit Pelanduk dan AJK PIBG SMK Tanah Merah juga turut  menjadi tetamu khas untuk program ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *