Sambutan Ponggal Di Dataran Ilmu SMK Tanah Merah

Pada 21 Januari 2017, warga SMK Tanah Merah meraikan sambutan Ponggal dengan meriah di Dataran Ilmu. Seramai dua ratus pelajar daripada pelbagai kaum mengambil bahagian dalam sambutan tradisional ini bersama dengan para guru dan masyarakat tempatan. En.Razali Bin Md Taib sebagai pengetua sekolah merasmikan program ini dengan ucapan rasmi yang menyatakan bahawa  beliau amat kagum dengan persiapan dan penyertaan pelajar dalam program ini. Beliau sangat menggalakkan program-program seperti ini yang boleh membina sahsiah dan perpaduan dikalangan pelajar pelbagai kaum.

Pelajar mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan dan menerima hadiah-hadiah istimewa. Para pelajar juga menyampaikan pelbagai persembahan seperti tarian tradisional dan drama. Sambutan yang meriah ini diakhiri dengan hidangan makanan tradisional.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *